EAC: KERAJAAN AKAN TERUS MEMODENKAN PERATURAN PERNIAGAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) akan terus berusaha memodenkan peraturan berkaitan perniagaan bagi melonjakkan produktiviti dan daya saing negara.

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan dicapai menerusi mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang dilaksanakan pada 13 Jun 2022 (Isnin) antara lain bersetuju untuk memperkukuh pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi Persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan perniagaan.

Beliau berkata, mesyuarat juga bersetuju merancakkan lagi program uji kaji peraturan dikelola Unit MyMudah dengan sasaran penyelesaian isu dalam tempoh 60 hari berbanding antara enam hingga 12 bulan sebelum ini.

 

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut