KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN MENGUNJUNGI MEDAN SELERA TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS

CAMERON HIGHLANDS, 13 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengunjungi Medan Selera Tanah Rata di Cameron Highlands untuk santapan tengah hari di sebuah kedai makan di situ, kelmarin.

Terdahulu, usai menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penduduk-penduduk Kampung Orang Asli Menson dan Kampung Orang Asli Sungai Relong di Cameron Highlands, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat mengunjungi pekan Tanah Rata.

Di situ, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa meninjau aktiviti perniagaan dan menyantuni serta beramah mesra bersama para peniaga dan pengunjung yang datang sempena hari minggu dan juga cuti persekolahan.

Hadir sama mengiringi Seri Paduka Baginda adalah Pegawai Daerah Cameron Highlands Tuan Syed Ahmad Khairulanwar bin Syed Abdul Rahman dan Ketua Polis Pahang Dato’ Ramli bin Mohamed Yoosuf.

Sumber: Laman FB Istana Negara

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut