DEMI RAKYAT, KEDAH PERMUDAH

Ketika slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ diperkenalkan buat kali pertama, barangkali ramai yang melihatnya sebagai sekadar slogan untuk menarik perhatian. Malah, ada pula telahan yang mengatakan ia hanyalah penyedap rasa. Tetapi, sifirnya mudah. Jika yang diusahakan itu adalah kebaikan, maka, kebaikanlah yang akan dicapai. Jika pula yang dicita-citakan itu adalah kesejahteraan untuk manusia dengan berteraskan agama, pastilah kesejahteraan yang akan dinikmati. Sejahtera itu luas sifatnya. Bukan sekadar rasa selamat, tenteram dan kesenangan dalam diri individu semata-mata tetapi juga meliputi hal-hal pembangunan, pendidikan, ekonomi, sosial, politik, kebajikan dan segala cabang hidup manusia.

 

Tahun 2021 menyaksikan negeri Kedah mencatatkan rekod pelaburan kedua tertinggi dalam negara iaitu sebanyak RM68.3 bilion, rekod tertinggi yang pernah dicatatkan oleh kerajaan negeri. Lebih membanggakan, pelaburan tersebut jauh melebihi sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang menyasarkan pelaburan sebanyak RM10 bilion setahun. Apa yang telah diusahakan untuk menarik minat pelabur sebegini tinggi?

 

Di kala dunia masih dalam proses pemulihan akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda dunia hampir dua tahun, kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan konsep Permit Pembinaan Ekspress atau E10.  Konsep yang diteraju oleh Majlis Perbandaran Kulim ini dilihat sangat efektif dan efisien dalam usaha memudahkan urusan perniagaan di negeri Kedah.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, dalam usaha untuk menggerak dan memulihkan semula sektor perniagaan, kerajaan negeri serta PBT akan menjadi pemudah cara dengan tidak terlalu bergantung kepada peratuan dan kaedah lama yang menyukarkan pelabur. Dengan pengenalan E10: Permit Pembinaan Ekspress, kepantasan proses bagi pelabur memulakan operasi perniagaan hanya mengambil masa dalam tempoh 10 bulan sahaja berbanding sebelum ini yang dianggarkan mengambil masa sekitar tiga hingga empat tahun sebelum kelulusan operasi dikeluarkan. Perkara ini merupakan salah satu faktor penarik utama yang menarik minat pelabur untuk melabur di negeri jelapang padi ini.

 

Projek-projek berimpak tinggi yang akan dan sedang dibangunkan di negeri ini seperti Kedah Rubber City (KRC), Kulim Hi Tech Park (KHTP), Kedah Science & Technology Park (KSTP), Special Border Economic Zone (SBEZ) dan Kulim International Aiport (KXP) dilihat bakal memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih lestari, mampan dan berdaya saing.

 

Kesan langsung daripada pelaburan tinggi yang diterima ini adalah manfaat besar yang akan dinikmati oleh rakyat negeri Kedah secara keseluruhannya melalui peluang-peluang pekerjaan dan ekonomi yang akan terus dirancakkan bagi menyokong pembangunan yang dirancang. Benarlah, Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua.

 

Infografik: Urus Setia Penerangan Darul Aman; https://www.facebook.com/mediaupda/photos

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut