PEMBANGUNAN DI PASIR PUTEH BUKA PELUANG EKONOMI PENDUDUK

 

PASIR PUTEH – Penduduk di Pasir Puteh berpeluang menjana ekonomi dalam pelbagai sektor rentetan daripada pembangunan yang berlaku di beberapa kawasan di Pasir Puteh khususnya di Tok ‎Bali. ‎
Menurut Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yakob, projek ‎pembangunan di Tok Bali adalah penting ke arah menjadi pelabuhan rasmi. Pihak Pembangunan ‎Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sedang mengkaji secara terperinci kebolehlaksanaan ‎pelabuhan tersebut.‎
‎“Pelabuhan ini sangat penting bagi perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan, ‎terutamanya untuk menarik pelabur-pelabur asing selain kedudukannya yang strategik yang ‎berhampiran dengan Bangkok, Cina dan lain-lain lagi”, katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Dataran Bahtera Tok Bali, hari ini. ‎
Sebagai rekod, pembinaan tapak Dataran Bahtera Tok Bali dengan keluasan 1.2 ekar telah ‎dimulakan pada Mei 2021 dan mengambil masa tujuh bulan untuk siap dengan mengambil inisiatif ‎sebagai tempat riadhah awam, tempat penganjuran program dan lain-lain aktiviti yang ‎bersesuaian. ‎
Majlis turut diserikan dengan pemberian sijil dan wang saguhati kepada lapan pelajar cemerlang ‎bagi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pasir Puteh, lapan penerima anugerah usahawan ‎berjaya di Jajahan Pasir Puteh dan 23 penerima hak milik geran tanah di kawasan Pasir Puteh.‎

Artikel/Berita Terkini

INFO ON WHEELS (IOW)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) INFO ON …

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …