KUNJUNG HORMAT LEMBAGA TEMUDUGA EKSESAIS KENAIKAN PANGKAT ASISTANT SUPERINTENDAN POLIS (ASP) KE DEPUTI SUPERINTENDAN POLIS (DSP) KE PEJABAT PEMANGKU KETUA POLIS KELANTAN

 

Kota Bharu, 07 Jun 2022 – DCP Dato’ Muhamad Zaki bin Harun, Pemangku Ketua Polis Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Panel temuduga eksesais kenaikan pangkat daripada Asistan Superintenden Polis (ASP) ke Deputi Superintenden Polis (DSP) yang diketuai oleh Tan Sri Alwi bin Hj. Ibrahim, Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis, Kementerian Dalam Negeri.
Temuduga eksesais kenaikan pangkat tersebut akan diadakan bermula 07 Jun 2022 hingga 09 Jun 2022 di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Turut hadir dalam kunjungan hormat yang diadakan pejabat Pemangku Ketua Polis Kelantan tersebut ialah DCP Abdul Aziz bin Abdul Majid, Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta / Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, SAC Zulkafli bin Sariaat, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat KPN, SAC Salim bin Youb, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kelantan ACP Mohd Noor Marzukee bin Besar, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan & Operasi) Kontinjen Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …