KEMPEN ‘CAKNA PENYU’ DILANCARKAN BAGI MEMELIHARA SPESIS TERANCAM INI

————————————————————————————————–

KUALA TERENGGANU, 12 JUN 2022

————————————————————————————————–

Satu majlis perlancaran Program Kesedaran Penyu Negeri Terengganu ‘Cakna Penyu telah dilancarkan di Galeri Jambatan Angkat (Drawbridge) bertujuan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memelihara ikonik negeri Terengganu ini yang menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini. Perlancaran yang telah dirasmikan oleh Dr Azman Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri turut menyatakan bahawa kempen sebegini mampu menimbulkan rasa bertanggungjawab dikalangan masyarakat untuk berganding bahu memlihara serta menjaga penyu yang semakin mengalami kepupusan.

Selain itu juga, kempen ini turut dilaksanakan bagi memberi hebahan kepada masyarakat tentang penguatkuasaan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) mengenai pengharaman penjualan serta memiliki telur semua jenis penyu yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 Jun baru-baru ini.

Sehingga hari ini, kerajaan TIDAK MEMBENARKAN apa jua aktiviti pelancongan yang membabitkan penyu sama ada menyentuh, berenang bersama, memberi makan kepada penyu dan sebagainya kerana dalam Seksyen 7A (11) Enakmen Penyu 1951 juga memberi peringatan tiada sesiapa boleh mengiklan, mempromosi atau mempamerkan penyu dan telurnya dalam apa-apa bentuk medium kecuali bagi tujuan pemuliharaan dan mendapat kebenaran.

Keselamatan alam sekitar serta hidupan yang hampir pupus ini adalah merupakan salah satu tanggungjawab kita bersama dalam usaha menjaga dan memastikan ekosistem ini tidak terganggu. Jom cakna penyu!

NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

 

 

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut