JOM MERIAHKAN JELAJAH BAHASA BERKERETA API 2022

 

KUALA KRAI – Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Dabong dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menganjurkan program Jelajah Bahasa Berkereta Api 2022 bermula 8 hingga, 9 Jun.
Menariknya, acara Pertandingan Cekap Jawi, Pertandingan Bijak Bahasa, Persembahan Dikir Spontan, Baca Sajak Spontan dan Deklamasi Puisi Tradisional diagendakan bermula ketika dalam gerabak kereta api dari Stesen Wakaf Bharu ke Stesen Dabong dan Gua Ikan Dabong.
Manakala Pertandingan Bijak Bahasa, Pertandingan Pengisahan Cerita Rakyat, Pertandingan Mewarna dan Lakonan Spontan serta Dendangan Lagu Puisi pula dijadualkan bermula sejurus selesai solat dan makan tengah hari di Dataran Gua Ikan.
Seterusnya, Malam Ekspres Bahasa dijadualkan berlangsung pada pukul 9.00 malam ini, dirasmikan oleh Ahli Undangan Negeri Dabong, YB Ku Zaki Ku Hussin. Disusuli persembahan Lagu Puisi, Dikir Barat dan Wayang Kulit.
Atur cara esok pula dimeriahkan dengan Senamrobik, Pertandingan Roda Bahasa dan Pengisahan Cerita Rakyat.
Orang ramai dipersilakan hadir bagi memeriahkan lagi program yang mendekatkan masyarakat dengan aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan tersebut.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut