‘GENG PLASTIK IJA’ TERUS KOMITED MEMERANGI SAMPAH DI PANTAI

———————————————————————————————————–

BESUT, 12 JUN 2022

———————————————————————————————————–

Keindahan kawasan pantai sepanjang 244 kilometer di Terengganu yang berlatar belakangkan kepulauan Laut China Selatan sememangnya memukau setiap mata memandang. Namun pemandangan lautan biru yang mempesonakan itu ada kalanya dicacatkan dengan ‘kehadiran’ sampah-sarap di pesisir pantai, angkara sikap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati.

Kecewa dengan keadaan itu, ‘Geng Plastik Ija’ (GPI) (‘Ija’ bermaksud hijau dalam dialek Terengganu) yang antaranya adalah golongan profesional, sepakat mengambil inisiatif mengutip sampah dan membersihkan kawasan pantai serta pulau pada setiap hujung minggu.

Terkini, Geng Plastik Ija (GPI) Besut mengutip 256 kilogram sampah dalam aktiviti gotong-royong di Pantai Benting Lintang, Besut pada 10 Jun yang lalu. Program ini telah disertai  seramai 45 orang sukarelawan dan aktiviti ini dikenali sebagai aktiviti ‘plogging’ yang bermula jam 8 pagi.

GPI Besut menyasarkan aktiviti ‘plogging’ khusus di pantai-pantai dalam daerah Besut. dan dalam perancangan 2022 ini, GPI Besut akan bergerak ke tempat-tempat tumpuan pelancongan lain seperti air, terjun, tasik, lata dan lain-lain. GPI Besut juga sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti JPKK, sekolah, universiti, persatuan atau kelab komuniti untuk penganjuran program kutipan sampah.

Progrom sebegini adalah inisiatif GPI sendiri untuk menjaga alam sekitar, dan berharap semoga inisiatif ini mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat.Mereka  yang berminat untuk menyertai GPI daerah masing-masing boleh mendapatkan maklumat pendaftaran keahlian melalui Penyelaras Daerah di Facebook Page ‘Geng Plastik Ija’ , juga untuk mendapatkan maklumat aktiviti seterusnya.

NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

 


Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …