CABARAN BAKUL PENGGUNA BERSAMA KELAB PENGGUNA SEKOLAH

 

TANAH MERAH 11 Jun : Seksyen Pendayaupayaan Pengguna KPDNHEP Negeri KELANTAN bersama Gerakan Pengguna Daerah dan Pejabat KPDNHEP Cawangan Tanah Merah telah menganjurkan Cabaran Bakul Pengguna bertempat di Sekolah Kebangsaan Lawang, Tanah Merah, Kelantan disini hari ini.
Objektif pelaksanaan bagi memberi pendidikan pendedahan kepenggunaan kepada masyarakat dan pelajar-pelajar mengenai Hak-hak Kepenggunaan yang diterapkan Kementerian.
Program Cabaran Bakul Pengguna Bersama Koperasi Pengguna Sekolah telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Bukit Bunga, YB. Dato Hj. Mohd Adhan bin Kechik dan turut hadir YBrs. Tuan Ahmad Azizi bin Abdul Kadir, Ketua Cawangan KPDNHEP Cawangan Tanah Merah.
Terdahulu peserta terpilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Gajah iaitu seramai 20 pelajar telah menyertai Program ini dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi Cabaran ini.
Turut hadir bersama YBrs. Puan Siti Hajar wakil Seksyen Pendayaupayaan Pengguna dan Pegawai-Pegawai Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut