PESTA DURIAN BALIK PULAU : ORANG AWAM DINASIHATKAN IKUT PAPAN TANDA LENCONGAN SUPAYA ALIRAN TRAFIK LANCAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)

Penganjuran Pesta Durian Balik Pulau bermula 10 hingga 12 Jun ini sememangnya dinantikan oleh semua penggemar “raja buah” kerana pelbagai variasi buah durian seperti Musang King dan Duri Hitam yang terbaik boleh dinikmati di negeri ini, terutamanya di Balik Pulau.

Susulan peningkatan jumlah kenderaan ke daerah ini, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal telah mengeluarkan kenyataan media pada 9 Jun 2022 mengenai lencongan jalan di beberapa kawasan sekitar Barat Daya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, YDH DSP Jafri Bin Md Zain hari ini telah turun ke lokasi-lokasi jalan yang dilencongkan bagi memantau aliran trafik khususnya di kawasan Teluk Kumbar dan Balik Pulau. Beliau berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan mematuhi papan tanda ‘LENCONGAN’ agar usaha pihak Polis untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas berjalan dengan lancar.

Sumber : FB IPDBD

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut