5 SINDIKET CURI MOTOSIKAL TUMPAS, 21 INDIVIDU DITAHAN PDRM PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Lima sindiket curi motosikal di Seberang Perai Tengah (SPT) tumpas selepas polis menahan 19 lelaki dan dua wanita dalam beberapa serbuan yang diadakan pada 18 Mei hingga 1 Jun lalu.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan sindiket dan individu yang terbabit dalam kes curi motosikal. Tindakan itu dibuat susulan kajian pada bulan April dan Mei lalu mendapati terdapat 37 motosikal dilaporkan hilang dalam daerah berkenaan.

Hasil risikan, beberapa kumpulan yang terbabit dalam kes ini telah dikesan dan berjaya menumpaskan lima sindiket dengan membuat 21 tangkapan membabitkan 19 lelaki serta dua wanita berusia lingkungan 14 hingga 37 tahun dalam serbuan di sekitar kawasan Kupang, Baling, Sik, Kedah, Junjong, Juru, Bukit Tengah dan Seberang Perai Utara. Dalam serbuan yang diadakan, polis turut merampas 12 buah motosikal, tiga casis motosikal dan satu enjin motosikal.

Dengan tertumpasnya sindiket ini, polis berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian sekitar Pulau Pinang. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta denda.

Sumber : HM

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut