KDYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE TASKA GENIUS PERPADUAN, TAMAN SRI RAMPAI, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Taska Genius Perpaduan, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musโ€™tain Billah.

Dalam lawatan ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima sembah taklimat berkenaan perjalanan operasi Taska Genius Perpaduan, Taman Sri Rampai daripada YBhg. Datoโ€™ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cek sumbangan RM30,000 kepada Kementerian Perpaduan Negara yang diserahkan kepada YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara.

Turut hadir juga ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sumber: Laman FB Jabatan Perdana Menteri

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut