TERENGGANU BERADA DI LANDASAN YANG TERBAIK DALAM USAHA MENGATASI KRISIS MAKANAN

————————————————————————————————————–

KUALA TERENGGANU, 9 JUN 2022

————————————————————————————————————–

Dalam krisis yang mencetuskan isu sekuriti makanan (food security), Negeri Terengganu telah berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai negeri pengeluar makanan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Luar Bandarnya, Dr. Azman Ibrahim berkata, sejak sebelum krisis melanda sebenarnya kerajaan negeri telah melaksanakan Pelan Strategik Terengganu 2019-2023 untuk menjadikan negeri pesisir pantai itu sebagai negeri pengeluar makanan.

Sebagai contoh bahan makanan asas iaitu beras padi. Pada tahun 2018, penghasilan oleh petani Terengganu adalah sebanyak 43 peratus, tetapi setahun  selepas itu ia berjaya naik kepada 48 peratus. Manakala, pada tahun 2020 ia terus meningkat kepada 53 peratus dan tahun 2021 ia berjaya capai penghasilan beras padi pada 55 peratus.

Tambahan, selain peningkatan hasil daripada pertanian, program memperkaya sumber perikanan turut menampakkan hasil apabila data tangkapan ikan yang direkodkan daripada Januari sehingga April baru-baru ini menunjukkan peningkatan sekitar 10 peratus. Begitu juga dengan bekalan ayam yang menjadi isu utama ketika ini, bekalan ayam di Negeri Terengganu kini adalah sebanyak 64 peratus dan hanya 30 peratus lebih sahaja dibawa dari luar.

Kerajaan negeri turut berusaha membangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Telaga Papan, Setiu sebagai Zon Penternakan Unggas dan kerajaan negeri turut mempelawa pemaju-pemaju untuk melabur dengan infrastruktur asas yang telah tersedia bagi meningkatkan bekalan sedia ada. Selain itu menurutnya, kerajaan negeri juga sedang berusaha mewujudkan kilang makanan ternakan bagi menyelesaikan masalah sumber makanan ternakan di Bukit Kor, Marang.

Tindakan konsisten perlu terus dilaksanakan seperti pemerhatian dekat harga pasaran bekalan makanan di lapangan, penyampaian maklumat jelas dan telus, memudah cara khidmat membantu petani, penternak dan peladang. Dengan ini, penghasilan produk pertanian secara berterusan dan peningkatan inovasi pemasaran bahan pertanian dapat dijamin agar bekalan sumber makanan sampai ke rakyat.

Usaha ini bagi memenuhi aspek asas kehidupan rakyat sentiasa terjamin dengan membekalkan sumber makanan mencukupi dan mampu dimiliki sepanjang waktu pandemik ini.

NILAI TERAS PEMBANGUNAN MAMPAN

SEKURITI MAKANAN

 

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut