SESI LIBAT URUS KPDNHEP BERSAMA NGO KEPENGGUNAAN TAHUN 2022

SESI LIBAT URUS YB TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA BERSAMA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) KEPENGGUNAAN TAHUN 2022

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2022 – YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengadakan libat-urus dan santapan tengahari dengan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kepenggunaan di Restoran Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah YBhg Datin Roszanina Abdul Wahab, TKSU (PUP) dan beberapa Pengarah Bahagian KPDNHEP. Antara NGO yang hadir termasuklah dari MACFEA, FOMCA, Persatuan Pengguna-pengguna Standards Malaysia, Persatuan Penasihat-penasihat Pengguna Malaysia, Yayasan Pengguna Negara Malaysia, CAP, Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, Consumer Voice Association of Sarawak (COVAS), Persatuan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (SABAHCAPS) dan wakil NGO dari Pulau Pinang, Kuantan, Perlis, Terengganu dan Pertubuhan Pemikir Professional.

Dalam pertemuan tersebut, YBTM telah menyentuh tentang peruntukan RM1.3 juta untuk tujuan bantuan kewangan kepada NGO kepenggunaan di mana ia adalah bagi membantu NGO melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan di peringkat komuniti. YBTM juga memperkenalkan mobilapps seperti Price Catcher, MySales Tracker, ez-Adu dan kepentingan TTPM kepada pengguna serta meminta NGO-NGO mewar-warkan di kalangan ahli dan komuniti.

Akhir sekali, YBTM mengajak NGO bersama Kementerian untuk menerangkan kepada masyarakat perihal fenomena harga barang yang melanda dunia termasuk Malaysia terutama bila harga Ayam dan Telur tidak lagi dikawal bermula dari 1 Julai 2022.

 

SUMBER: FB KPDNHEP LAMAN RASMI https://www.facebook.com/kpdnhep

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut