PROGRAM TEMUSERU PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

PROGRAM TEMUSERU PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Dalam aktiviti pencegahan penularan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKDSPU) telah menjalankan Program Temuseru Pencegahan dan Kawalan HFMD di pusat membeli-belah, tempat permainan kanak-kanak (indoor dan outdoor), kedai serbaneka, Pantai Bersih dan tempat tumpuan kanak-kanak di sekitar kawasan Kepala Batas dan Butterworth, daerah Seberang Perai Utara (SPU).’

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah:

  • Berjumpa dengan pihak pengurusan dan menasihati untuk menjalankan disinfeksi secara berkala di bahagian seperti troli, kawasan-kawasan umum, alat permainan dan taman permainan.
  • Menyerahkan risalah HFMD dan poster Amalan Kebersihan Diri (Tuiuh (7) langkah Cuci Tangan) untuk ditampal di premis.
  • Mengedarkan bahan Pendidikan Kesihatan HFMD kepada pengunjung/orang awam.

Sumber:

Laman FB JKN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut