PENDIDIKAN SINAR KEJAYAAN ASNAF

MAIWP sentiasa menyokong inisiatif dan program yang memberi fokus kepada pendidikan anak-anak asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Melalui pelajaran, pastinya kehidupan asnaf dapat diubah di mana anak-anak ini dapat bekerja dan membantu keluarga sekali gus mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Atas dasar tanggungjawab, MAIWP menyalurkan RM205,000.00 khusus untuk membantu mahasiswa dari kalangan anak-anak asnaf dan golongan B40 melalui Program Skim Prihatin Pendidikan Anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPAW).

Perkara ini dinyatakan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bagi Pembiayaan Skim Prihatin Pendidikan Anak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SPAW) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Dewan Bestari UPNM.

Inisiatif ini bakal dinikmati oleh 205 pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di UPNM. Besar harapan MAIWP apabila kejayaan mendampingi mahasiswa ini, mereka dapat membantu keluarga dan mengeluarkan zakat membantu golongan yang memerlukan.

 

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …