PERBARISAN TAMAT KURSUS ASAS MENUNGGANG KUDA SIRI 14/2022 DAN KURSUS ASAS MENYELAMAT SIRI 9/2022

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2022 – Perbarisan Tamat Kursus Asas Menunggang Kuda Siri 14/2022 dan Kursus Asas Menyelamat Siri 9/2022, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah berlangsung di Stable Unit Berkuda, Taman Tasik Titiwangsa yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Hj Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pada sesi ini sebanyak 10 orang anggota telah berjaya menamatkan Kursus Asas Menunggang Kuda ini manakala bagi Kursus Asas Menyelamat sebanyak 7 orang anggota telah berjaya menamatkan krusus ini. Di dalam majlis tersebut turut diadakan persembahan padang iaitu musical ride yang telah dipersembahkan oleh Unit Berkuda dan bagi Skuad Penyelamat satu demonstrasi rescue transfer turut ditunjukkan.

Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs Tuan Osman bin Haji Ismail, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL dan YBrs Tuan Muhammad Irwan bin Abdullah, Penolong Pesuruhjaya Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut