OPS BAS SEKOLAH OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi, JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan ke atas Bas Sekolah bagi memastikan pemandu dan pengusaha bas mematuhi peraturan dan undang-undang serta kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Penguatkuasaan secara berfokus ini telah diadakan selama 2 hari bermula pada 1 Jun hingga 2 Jun 2022.

Antara kesalahan dikesan adalah tiada Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), salah guna Lesen Kereta Motor (Van persendirian bawa penumpang), kesalahan teknikal iaitu pintu kecemasan tidak berfungsi dan tayar haus berlebihan.

Pemandu dan pengusaha bas sekolah adalah dinasihat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta memastikan keselamatan dan keselesaan murid sekolah menjadi keutamaan.

Sumber:

Laman FB JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut