KES KERACUNAN : SAMPEL AIR TERCEMAR DI PULAU PERHENTIAN DIANALISIS

——————————————————————————————————————–

KUALA TERENGGANU, 7 JUN 2022

——————————————————————————————————————–

Sampel air di Pulau Perhentian Kecil yang didakwa tercemar akibat sisa kumbahan tidak dirawat kini dalam perhatian serius kerajaan negeri. Jabatan terlibat diarahkan mengambil sampel air yang didakwa tercemar serta melakukan pemantauan segera terhadap isu yang tular ini.

Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri mengambil tindakan terhadap isu berkaitan enam rakan yang didakwa keracunan makanan dan jatuh sakit selepas berenang di perairan Pulau Perhentian Kecil yang tular pada Sabtu lalu. Namun difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut belum menerima sebarang laporan berhubung kes tersebut.

Sementara itu, perkara ini juga telah dibincangkan bersama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bencana peringkat daerah Besut yang melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah Besut, Majlis Daerah Besut, PKD Besut, Syarikat Air Terengganu (SATU), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Indah Water Konsortium dan lain-lain agensi berkenaan.

Pihak jabatan ini memandang serius mengenai kes keracunan makanan dan menasihati pengendali makanan supaya sentiasa menitikberat aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual serta memastikan makanan disediakan bersih serta selamat bagi mengelakkan kes keracunan makanan.

NILAI TERAS KESELAMATAN RAKYAT

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut