HINDARI COVID-19 – JEMAAH HAJI DISARANKAN AMAL KAWALAN KENDIRI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihatkan bakal haji agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri supaya dapat melaksanakan ibadat haji dengan lancar dan terhindar daripada penularan pandemik COVID-19. Hal ini berikutan tiga (3) orang daripada kumpulan pertama jemaah haji telah disahkan positif COVID-19, seperti yang dimaklumkan oleh Lembaga Tabung Haji pada 4 Jun lalu.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar sebarang penganjuran majlis atau kenduri yang diadakan oleh bakal jemaah haji mestilah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa semasa demi kepentingan kesihatan semua pihak.

Sumber : Bernama

Artikel/Berita Terkini

PINJAMAN RM100,000 TAK DAPAT, DUIT SENDIRI RM54,620 YANG LESAP

KUALA TERENGGANU – Seorang kerani akaun berputih mata bukan sahaja tidak menerima pinjaman peribadi RM100,000 yang dipohon malah kerugian pula …

𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡

Setiap warga asing yang memasuki Malaysia hendaklah memiliki pas atau permit yang sah sebagaimana ditetapkan di bawah undang-undang imigresen negara …