AADK LABUAN ANJUR ISLAND BIKERS ENDEMIC GATHERING 2022, SAMPAI MESEJ BEBAS DADAH

LABUAN – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Labuan mengambil pendekatan unik bagi menimbulkan kesedaran bahaya dadah dalam kalangan ‘mat motor’, dengan penganjuran Island Bikers Endemic Gathering 2022.

Ketua Pegawai AADK Labuan Abd. Gani Keruput berkata, melalui kerjasama Pertubuhan Permotoran Dua Roda Labuan dan Skuad Antidadah, lebih 1,000 penyertaan dari kelab-kelab permotoran Sabah, Sarawak dan Labuan mengambil bahagian dalam program itu.

“Kita memberikan kesedaran dan pada hari ini mereka telah melakukan satu ikrar bahawa mereka akan membantu bebas daripada penyalahgunaan dadah..dengan ikrar itu mereka telah menyokong bahawa kempen memerangi dadah ini daripada golongan ‘bikers’ ,” kata Abd Gani.

Beliau berkata demikian, selepas aktiviti konvoi dari Arena Lawnball Labuan ke Desa Tunas Hijau di Kg Sungai Miri. Selain gerai jualan dan pameran, pelbagai pengisian disediakan dalam program tiga hari itu, antaranya AutoShow, Persembahan Pentas, Ride ‘Kenali Labuan’ Sunset Rider serta pelbagai jenis pertandingan.

SUMBER: RTM

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut