??????? ??? ?????????? ????? ???? ?????? ???????? , ?????
WP LABUAN –Β Bagi memperingati peristiwa tragedi gempa bumi Gunung Kinabalu pada 05 Jun 2015, satu Latihan Simulasi Mencari dan Menyelamat (SAR) anjuran pihak Taman -Taman Sabah telah diadakan pada 05 Jun 2022 hingga 06 Jun 2022.
Latihan telah diadakan di Gunung Kinabalu dan Kundasang yang melibatkan agensi-agensi penyelamat antaranya PDRM, Polis Gerakan Am (PGA), BOMBA, APM, JKNS dan Sabah Park Resque. APM WP Labuan telah terlibat dalam latihan simulasi yang disertai oleh Lt. Kol. (PA) Erwin @ Elverowen Bin Kinsui, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) APM Labuan dan Lt. (PA) Marinus Bin Mathius Pegawai Operasi APM Labuan dengan kolaborasi bersama APM Sabah.
Syabas dan tahniah diatas penglibatan Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) W.P Labuan dan Pegawai Operasi APM Labuan .


SUMBER: APM WP LABUAN