??????? 3? ??????? ????????????? ??????? ???, ???????? ????? ?????? ????? 2022

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah melancarkan Hari Kemampanan Program Kesedaran yang merangkumi skop Energy Management (Pengurusan Tenaga), Indoor Air Quality (Kualiti Udara Dalaman) dan Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Gabungan program kesedaran secara berterusan sebegini adalah penting di tempat kerja kerana ia boleh mengurangkan kebergantungan kepada sumber asli khususnya tenaga semulajadi dan menggalakkan persekitaran yang lebih kondusif di kawasan Hospital pada 2 Jun 2022.

Bagi menjayakan program ini, pihak HKL dengan kerjasama Radicare (M) Sdn. Bhd telah menjemput SWCorp Wilayah Persekutuan untuk menyampaikan ceramah kesedaran berkaitan Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle) kepada warga kerja Hospital Kuala Lumpur. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Normazalina binti Othman, Pegawai Pendidikan Masyarakat SWCorp Wilayah Persekutuan. Selain itu, aktiviti pameran juga turut diadakan di ruangan Lobi Utama HKL.

Sebelum sesi taklimat disampaikan, pihak SWCorp Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi serahan tong kitar semula sebagai galakan kempen kesedaran kitar semula di pejabat (Pejabat Sifar Sisa – PESIS) kepada YBhg. Datin Paduka Dr. Rohana binti Johan, Pengarah Hospital Kuala Lumpur. Semoga fasiliti yang diedarkan ini dapat dimanafaatkan dan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh warga kerja dan pelawat HKL.

SUMBER: FB SWCORP WILAYAH PERSEKUTUANΒ Β  https://www.facebook.com/SWCorpWilayahPersekutuanKualaLumpurDanPutrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …