DUA LELAKI DITAHAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN

 

PASIR MAS 03 Jun : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 8 disini hari ini.
Operasi yang dijalankan bermula jam 9.00 pagi diadakan sekitar sempadan negara dan sekitar Tumpat – Pasir Mas, Kelantan.
Maklumat risikan mengesan pergerakan dua buah kenderaan sedang membuat pengisian minyak petrol di stesen-stesen minyak secara berulang kali dan melebihi kuantiti.
Seterusnya jam 3.30 petang pasukan membuat serbuan di sebuah stesen minyak Jalan Pasir Mas Kg. Kasa, Pasir Mas Kelantan dan semasa dilokasi terdapat sebuah lori dan kenderaan pikap sedang membuat pengisian dipam dan kedua-dua orang pemandu telah berjaya ditahan oleh pasukan.
Pemeriksaan lanjut kenderaan pertama iaitu sebuah lori treler jenis Hino mendapati terdapat anggaran kuantiti 500 liter minyak disel telah diisi oleh saspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40an dijumpai dengan disyaki tangki tambahan ubahsuai.
Pasukan membuat penyitaan terhadap minyak disel dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 1,075.00 dan kenderaan tersebut yang berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan kenderaan sebanyak RM 80, 000.00 bersama pemandu.
Manakala penyitaan kedua turut dilakukan terhadap minyak disel dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 731.00 dan kenderaan berpendaftaran Malaysia tersebut juga disita dengan nilai rampasan kenderaan sebanyak RM 70, 000.00 bersama pemandu.

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut