SYARAHAN PMT TD KEPADA PENUNTUT KPSM SIRI 51/2022

PUTRAJAYA: Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Lt Jen Dato’ Mardzuki Muhammad menyampaikan syarahan bertajuk Role and Function, Experiences and Philosophy kepada penuntut Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) siri 51/2022 di Maktab Turus Angkatan Tentera, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) pada 31 Mei 2022.

Sesi akademik berkonsepkan Real Life Experience ini melibatkan seramai 180 pegawai terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan penuntut luar negara berpangkat Mej setaraf.

Objektif program adalah bagi mempersiapkan penuntut kursus dengan ilmu kepimpinan dan pemerintahan selain memperkasa pembentukan karakter pemimpin sebelum menerajui sesebuah pasukan.

Syarahan yang disampaikan berkisar tentang fungsi dan peranan pemimpin sewaktu aman dan perang khususnya dari perspektif Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) dalam memperkasa kelangsungan misi dan kesiagaan Tentera Darat secara efektif dan holistik berorientasikan Lima Tonggak dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28.

Selain itu, PMT TD turut membahaskan mengenai Command Philosophy beliau serta cabaran di peringkat taktikal, operasi dan strategik yang diterjemahkan menerusi amanat 16 Ground Rules. Di akhir syarahan, sesi soal jawab turut diadakan dan secara kesimpulannya, sesi Knowledge Sharing ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan berdasarkan respon positif daripada penuntut kursus.

Mengakhiri syarahannya, PMT TD menegaskan bahawa Command Climate yang positif dan sihat akan mencambah kreativiti dan inovasi serta elemen ini hanya akan dapat direalisasikan menerusi Command Philosophy yang efektif di semua peringkat pemerintahan sama ada taktikal, operasi dan strategik.

– Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

 

SUMBER: FB BERITA TENTERA DARAT MALAYSIA https://www.facebook.com/BTDMOnline

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …