PENANG FC ANJUR KEJOHANAN PIALA TUAN YANG TERUTAMA (TYT)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA NO. 03 : KESEPADUAN NASIONAL (Perpaduan Masyarakat)

GEORGE TOWN, 2 Jun 2022 : Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu YB Soon Lip Chee memaklumkan bahawa buat julung kalinya Penang Football Club (Penang FC), akan menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Tuan Yang Terutama (TYT). Kejohanan bola sepak tiga (3) penjuru tersebut akan berlangsung dari 28 Jun sehingga 2 Julai 2022 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Penganjuran kejohanan ini adalah sempena menyambut ulang tahun pertama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak sebagai Yang Dipertua Negeri (TYT) dan ulang tahun kelahiran beliau yang ke-73.

Menurutnya lagi, selain Penang FC, kejohanan ini juga bakal menampilkan dua (2) lagi pasukan jemputan dari luar negara iaitu Muktijoddha Sangsad KC dari Liga Premier Bangladesh dan New Road Team (N.R.T) dari Liga Martyr’s Memorial A-Division (Nepal). Kejohanan ini menawarkan wang tunai berjumlah RM10,000 bagi johan, manakala naib johan pula sebanyak RM5,000.

Sehubungan itu, tiket dijual kepada penyokong yang berminat untuk hadir ke stadium dengan harga serendah RM10 sehingga RM40 bagi orang dewasa manakala kanak-kanak pula dari RM5 hingga RM20. Tiket bagi perlawanan-perlawanan Piala Tuan Yang Terutama (TYT) boleh dibeli secara dalam talian (online) dan secara fizikal di pejabat rasmi Penang FC. Manakala pengurusan Penang FC juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk memberikan tajaan bagi membantu menjayakan kejohanan tersebut.
Encik Jeffrey Chew (Pengurus Besar Penang FC) juga memaklumkan bahawa perlawanan bagi kejohanan tersebut akan disiarkan secara langsung melalui saluran prabayar untuk peminat kedua-dua kelab jemputan di Bangladesh dan Nepal.

Turut hadir semasa sidang media yang telah diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah Setiausa Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus; Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew; barisan Ahli Lembaga Pengarah Penang FC, Dato’ Dr. Mohamad Farazi Johari dan Dato’ Norazmi Mohd. Narawi serta Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menter (CMI), S. Bharathi.

SUMBER : Laman Web Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa …
Maklumat Lanjut

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut

PEMBATALAN PENERBANGAN: KESELAMATAN PENUMPANG JADI KEUTAMAAN – KETUA MENTERI

KOTA KINABALU (18 April): Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keselamatan penumpang menjadi keutamaan berikutan langkah syarikat penerbangan …
Maklumat Lanjut