NOTIS PENUTUPAN LADANG TERNAK BABI PULAU PINANG GAGAL PATUHI LESEN MULAI 1 JUN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

BERNAMA melaporkan notis penutupan operasi ladang ternak babi akan dikeluarkan kepada ladang-ladang babi yang telah dikompaun dan masih gagal mematuhi lesen penternakan bermula 1 Jun tahun ini di Pulau Pinang. Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2 Jun 2022, rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menunjukkan sebanyak 54 kompaun telah dikeluarkan dan 24 ladang babi sedang dalam proses untuk ditutup secara sukarela. Selain itu, terdapat satu ladang telah ditutup dan satu lagi ladang dikosongkan. Sekiranya ladang yang telah dikompaun tersebut masih gagal untuk mematuhi syarat lesen penternakan, notis penutupan operasi ladang akan dikeluarkan bermula 1 Jun 2022 . Mengikut kriteria terkandung dalam Enakmen Penternakan Babi 2016 (Enakmen) dan Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2021, kandang mestilah tertutup dan mempunyai pengurusan sisa kumbahan ladang.

Sumber: BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …