KAYUHAN “BIKE ON FRIDAY” KE-333 SEMPENA “WORLD BICYCLE DAY” 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Georgetown, 3 Jun 2022 – Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini telah menganjurkan program kayuhan santai “Bike On Friday” edisi ke-333 sempena sambutan “World Bicycle Day” 2022 yang diraikan di seluruh dunia. Sebanyak 3 buah lokasi telah dipilih untuk “flag-off” permulaan iaitu Persiaran Queensbay, Persiaran Karpal Singh serta Tanjung Tokong dan kayuhan ini tamat di Dewan Bandaraya MBPP Jalan padang Kota Lama.

Acara riadah basikal merupakan agenda hijau yang sentiasa diberikan perhatian penting oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dalam mewujudkan “Bandar Rendah Karbon”. Kemudahan-kemudahan infrastruktur laluan basikal di beberapa kawasan sedang giat dalam pembinaan.

Warga Pulau Pinang diharap akan memanfaatkan laluan basikal ini sebagai laluan alternatif untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain kerana selain ia merupakan aktiviti sihat dan membantu kepada pengurangan karbon.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut