JOM PASTIKAN PERSEKITARAN SEKOLAH BEBAS ANCAMAN DENGGI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Dengan tibanya musim cuti sekolah, menjadi satu langkah penting bagi memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik

 

Sumber:

Portal InfoSihat

Facebook Cari dan Musnah

Artikel/Berita Terkini

GEJALA KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Pendedahan berterusan kepada jerebu boleh menjejaskan kesihatan, antaranya batuk, mata pedih dan berair, hidung berair, kulit gatal serta kesukaran bernafas …

TINDAKAN SEMASA JEREBU

Ketika jerebu, utamakan kesihatan diri dan keluarga. Hadkan aktiviti di luar rumah, minum air secukupnya, gunakan pelitup muka yang sesuai …

KESIAPSIAGAAN PERTAHANAN DI LAUT UNTUK MEMBANTERAS PENCEROBOHAN PATI: LANGKAH PENAMBAHBAIKAN

Kedaulatan negara tidak berhenti di daratan. Ia turut dipertaruhkan di laut. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara maritim, keselamatan perairan …