APMM LABUAN MENAHAN SEBUAH BOT TUNDA KERANA BEROPERASI DI LUAR KAWASAN DIBENARKAN

WP LABUAN – Sebuah bot tunda bersama sebuah barge telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Labuan kerana beroperasi diluar kawasan yang dibenarkan diperairan Labuan, dua hari lepas.
Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin, pasukan operasi telah mengesan sebuah bot tunda dan barge pada jam 12.45 tengahari di kedudukan 1.2 batu nautika dari Labuan.
Hasil pemeriksaan mendapati, bot tunda dan barge berkenaan dikendalikan oleh 4 orang kru warga tempatan termasuk nakhoda berumur lingkungan 28 hingga 53 tahun. Pemeriksaan lanjut keatas dokumentasi vesel terbabit mendapati, bot tunda tersebut disyaki telah melakukan kesalahan kerana berlayar melebihi had pelayaran seperti yang tertulis didalam lesen.
Kawasan operasi yang dibenarkan adalah di kawasan perairan Kudat, Sabah sahaja.
Bot tunda, barge, nakhoda kapal bersama semua kru ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO).
SUMBER: AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bersempena dengan …
Maklumat Lanjut

IKAN MATI, JAS AMBIL SAMPEL AIR BERHAMPIRAN KUALITI ALAM

Sampel air di sebuah anak sungai berhampiran Kualiti Alam yang terbakar Jumaat lalu diambil susulan terdapat aduan berkenaan ikan mati …
Maklumat Lanjut

𝐈𝐍𝐈 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐏!!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pernah dapat …
Maklumat Lanjut