ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA TERHADAP KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM (KPA), TEKSI, TEKSI LIMOSIUM AIRPORT, KERETA SEWA DAN E-HAILING.

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pulau Pinang, 3 Jun 2022 – Unit Operasi bersama Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK), JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan advokasi keselamatan jalan raya terhadap pemandu KPA, teksi, teksi limosium ‘airport’, kereta sewa dan e- hailing yang beroperasi di daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Operasi ini diadakan pada 2 Jun 2022 di Terminal Bas dan Teksi Sungai Nibong, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan Kompleks Bukit Jambul.

KPA ini merupakan antara pengangkutan utama penduduk dan pelancong yang datang di negeri Pulau Mutiara ini. Justeru aspek keselamatan di jalan raya menjadi keutamaan jabatan ini. Advokasi keselamatan jalan raya telah diadakan terhadap pemandu KPA ini. Diantara tip-tip keselamatan yang diberi terhadap pemandu kenderaan ini adalah kepentingan penggunaan segitiga keselamatan, fungsi alat pemadam api, peti keselamatan, jarak pemanduan kenderaan yang selamat serta pematuhan peraturan dan undang-undang semasa pemanduan di jalan raya dan juga memastikan keselesaan penumpang dan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Risalah keselamatan turut diedarkan semasa advokasi dilaksanakan.

Semoga dengan advokasi yang telah dilaksanakan ini, diharapkan dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya membabitkan KPA ini, serta dapat mendidik pengguna jalan raya mengamalkan sikap pemanduan berhemah, patuh pada peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa

 

Sumber:

JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …