KELANTAN RAIKAN DELEGASI INSTITUSI KEHAKIMAN SARAWAK

 

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan meraikan delegasi Ketua Hakim Syarie Sarawak yang diketuai Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datuk Kipli Yasin ke Kelantan dengan Majlis Makan Malam Mahabbah di Ibis Style Hotel, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata hubungan Kelantan dan Sarawak amat dekat kerana latar belakang ayahanda kepada Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat, Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub juga berasal dari Kelantan.
“Peranan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman amat besar dan penting dalam perkembangan Islam di Sarawak. Oleh itu, peranan ini perlu diteruskan dan dimanfaatkan oleh generasi hari ini demi menyerlahkan Islam yang sejagat dalam pelbagai etnik yang ada di Sarawak,” katanya.
Turut hadir, Mufti Negeri Kelantan Dato’ Mohammad Syukri Mohamad, Ketua Hakim Syarie Kelantan Ibrahim Deris, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) YB Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) Dato’ Dr Johari Mat.
Terdahulu, delegasi tersebut turut mengadakan ziarah rasmi ke Mahkamah Syariah Negeri Kelantan, Universiti Malaya Kampus Bachok dan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG).

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …