20 SUSPEK DITAHAN BANTU SIASATAN CUBAAN BUNUH PENGARAH PHEB

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Seramai 20 suspek ditahan sepanjang siasatan berhubung kes serang dan tetak membabitkan Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB), Datuk M Ramachandran dalam kejadian pada tahun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, jumlah itu termasuk dua lelaki yang baharu ditahan pada 26 Mei lalu.

Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 27 dan 48 tahun ditahan di sebuah hotel di negeri ini pada jam 2.15 pagi. Polis turut merampas sebuah kereta jenis Hyundai Sonata berwarna hitam yang digunakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Susulan penahanan dua lelaki tersebut, polis sedang mengesan seorang lelaki bernama, S Dinish, 22, yang beralamat terakhir di Taman Semenyih Impian, Selangor, bagi membantu siasatan,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Khamis.

Menurut beliau lagi, sepanjang siasatan kes tersebut selain dua lelaki yang baharu ditahan, polis menahan 16 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 22 hingga 53 tahun untuk membantu siasatan. Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai rekod lampau melibatkan dadah dan jenayah. Mereka disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Ramachandran, 70, parah ditetak sekumpulan individu dalam satu kejadian di hadapan kediamannya di Taman Alma, Machang Bubok, Bukit Mertajam pada malam 24 Julai tahun lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher, paha, belakang kepala serta badan akibat diserang dengan senjata tajam.

Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa sedang turun dari kereta untuk masuk ke dalam rumahnya sebelum diserang oleh empat orang lelaki.

Sumber:

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …