GEMS: INISIATIF BANTUAN KEPADA PEMINJAM PTPTN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Pemiliharaan Fabrik Sosial)

Perbada­nan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membantu graduan yang menjadi pe­minjamnya menerusi Program Graduate Executive Marketer for Simpan SSPN Plus (GEMS).

Menurut PTPTN, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terlibat secara langsung untuk menjayakan program tersebut. Program GEMS dijangka mampu memberi ruang dan peluang kepada peminjam PTPTN untuk terus maju, berdaya saing dan mempunyai pendapatan yang baik di kala berdepan kesukaran ekonomi ketika ini.

GEMS adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) KPT-CAP (Career Advancement Programme). Ia adalah usaha kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan me­ngurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.

Pihak PTPTN telah mengenal pasti peminjam yang layak sebagai peserta GEMS berdasarkan syarat yang telah ditetapkan dan bagi mereka yang tidak menerima tawaran menerusi e-mel, semakan boleh dibuat di www.ptptn.gov.my bermula hari ini sehingga 19 Jun 2022.

 

Sumber:

Kosmo

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut