e-BECA DAPAT BANTU MERANCAKKAN INDUSTRI BECA DI TERENGGANU

                                         ——————————————————————————————————
KUALA TERENGGANU, 2 JUN 2022
                                         ——————————————————————————————————
YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan elektrik beca (e-Beca) di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu pada pagi 2 Jun 2022. Elektrik beca (e-Beca) ini direka khas dengan menggunakan teknologi tenaga solar.
.
Produk inovasi e-Beca hasilkan oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang telah dipilih sebagai pemenang pertama melalui pertandingan Inovasi Beca Terengganu 2021 yang lalu. Melalui inovasi ini, elektrik beca telah direka dengan mempunyai ciri ciri mesra alam iaitu menggunakan bateri boleh dicas menggunakan kuasa solar.
.
Selain itu e-Beca mempunyai paparan skrin LED bagi penyampaian maklumat dan promosi serta dilengkapi dengan sistem audio yang menarik dan mampu merancakkan industri beca di Kuala Terengganu. Ini sekaligus dapat membantu golongan B40 yang rata-rata menjadi pengayuh beca, dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui promosi ini.
——————————————————————————————————————————————————————————
“NILAI TERAS KEUTUHAN EKONOMI’

——————————————————————————————————————————————————————————

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …