PERUNTUKKAN TAMBAHAN 110 JUTA BUAT 30 RIBU ASNAF – MAIWP

Seramai 30,200 asnaf yang terdiri daripada penerima Bantuan Kewangan Bulanan di MAIWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bakal menerima manfaat daripada program Kasih Asnaf- ’Zero Hunger’. Program ini merupakan transformasi teknologi digital dalam proses pengagihan zakat Baitulmal dan juga mekanisme agihan zakat tanpa tunai (cashless) yang komprehensif bagi tujuan pembelian barangan keperluan asasi.

Demi membantu para asnaf menangani kos sara hidup yang kian meningkat, MAIWP telah membuat peruntukkan tambahan sebanyak RM110,400,000.00 dimana setiap penerima akan menerima barangan keperluan harian bernilai RM150.00 setiap bulan bermula Jun 2022.

Perkara ini telah ditekankan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary(Ustaz Marzuk Shaary), Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika merasmikan Majlis Semarak Syawal & Pelancaran Agihan Pembekalan Barangan Kepada Asnaf Tanpa Tunai di Dewan Felda Perdana D’saji, Kuala Lumpur.

Tambah beliau melalui program MAIWP Kasih Asnaf – Zero Hunger ini, asnaf akan menerima barangan tambahan keperluan asas secara terus dari kedai-kedai yang terpilih, bukan sahaja barangan makanan, tong gas juga boleh asnaf tebus menerusi program ini.

Inovasi ini sejajar dengan perkembangan teknologi berasaskan digital, MAIWP turut tidak terkecuali bersama dalam arus perdana mendigitalkan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

 

SUMBER: FB MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH https://www.facebook.com/maiwphq

Artikel/Berita Terkini

BISKUT RAYA SERENDAH RM13 SEBALANG

Pengalaman hidup susah sehingga tidak mampu membeli kuih raya pada zaman kanak-kanaknya, mendorong seorang pengusaha biskut dan kek menjual pelbagai …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pihak KPDN …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut