PEMBIDA PROJEK KERETA KABEL BUKIT BENDERA AKAN DIUMUM HUJUNG TAHUN 2022

DASAR KESELAMATAM NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: Pembangunan Mampan ( Impak Pembangunan Bandar Dan Luar bandar)

GEORGE TOWN, 1 Jun 2022 : Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka akan mengumumkan pembida yang berjaya untuk projek kereta kabel Bukit Bendera pada hujung tahun 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Pulau Pinang iaitu YB Zairil Khir Johari memaklumkan bahawa proses penilaian sedang dilakukan untuk Permohonan Cadangan (RFP) yang telah dipanggil pada 13 Januari 2021 dan ditutup pada 30 November 2021. Hasil penilaian tersebut akan diangkat kepada Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu berdasarkan Garis Panduan Projek Kerjasama Awam Swasta Negeri Pulau Pinang (2021). Tawaran kepada pembida yang berjaya dijangka dikeluarkan sebelum penghujung 2022.

Beliau juga menjelaskan bahawa projek ini merupakan projek secara ‘BuildFinance-Operate-Transfer’ (BFOT), yakni semua kos pembinaan dan operasi adalah ditanggung oleh pihak pembida yang berjaya. Kerajaan negeri juga mengalu-alukan cadangan model perniagaan dan kewangan seperti melakukan projek-projek nilai tambahan agar pembida yang berjaya akan mendapat pulangan yang wajar dalam satu-satu tempoh.
YB Zairil yakin bahawa projek ini akan berjaya dan masyarakat setempat khususnya penduduk Pulau Pinang akan menerima manfaat.

Menurutnya lagi, pada tahun 2021, kerajaan Pulau Pinang melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) telah mengumumkan akan meneruskan projek kereta kabel Bukit Bendera melalui konsep kerjasama dengan pihak swasta susulan pembatalan peruntukan RM100 juta oleh kerajaan Persekutuan.

 

Sumber:

Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

‘SETIAP SEN DISALUR AMANAH DARIPADA RAKYAT’ – AMINUDDIN

Pengerusi dan seluruh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan supaya berintegriti dalam pengurusan dana kerajaan. Menteri Besar Negeri Sembilan, …
Maklumat Lanjut

KPDN NEGERI SEMBILAN GEMPUR 25 PREMIS JUALAN LANGSUNG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 25 premis jualan langsung menerusi …
Maklumat Lanjut

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut