LOJI RAWATAN AIR KETEREH MANFAAT 4000 AKAUN PENGGUNA

 

Kawasan agihan LRA Ketereh akan memenuhi permintaan air di 36 buah kampung antaranya ialah Pekan Ketereh, Kg Padang Lembek, Kg Dendang, Kg Pasir, Kg. Banggol Lepah, Kg. Laka, Kg Tanjung Pagar. Loji ini secara keseluruhan akan memberi manfaat kepada 4,000 akaun pengguna.
Dalam masa yang sama, projek-projek lain seperti Projek Loji Rawatan Air (LRA) Kg Telok, Kota Bharu, Projek baik pulih Sistem LRA Wakaf Bharu, Tumpat, Pemasangan Paip Tangki Lepan Jaya, Gua Musang siap dibina dan dinaik taraf. Manakala, bagi projek LRA Meranti Bahru, Kedai Buloh dan Telong dalam proses perancangan untuk dimulakan pembinaannya. Kesemua projek-projek ini dibiayai di bawah pinjaman Kerajaan Negeri sebanyak RM49 juta.
Bagi projek penukaran paip, AKSB telahpun berjaya menyelesaikan projek penukaran paip sepanjang 87 kilometer yang melibatkan kawasan di dalam jajahan Kota Bharu, Tumpat dan Gua Musang. Pada tahun ini, 340 kilometer paip lama dan uzur akan ditender dan dilaksanakan yang melibatkan kawasan Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang. Pada masa yang sama, pihak Pengurusan Aset Air Berhad di dalam proses perlantikan perunding untuk melaksanakan projek penukaran paip seterusnya yang melibatkan seluruh jajahan Bachok sepanjang 220 kilometer yang dijangka akan mula dilaksanakan pada tahun 2023.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …