KES HFMD DI KELANTAN SEMAKIN MEMBIMBANGKAN

 

Jumlah kumulatif penularan HFMD dilaporkan di Kelantan sehingga 21 Mei ialah 3,726 kes dan di tahap semakin membimbangkan apabila sebanyak 1,233 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-20 dari 15 hingga 21 Mei, meningkat berbanding 945 pada ME sebelumnya.

Majoritinya adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur antara satu hingga empat tahun.

 Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak kecil dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan HFMD iaitu basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan serta sebelum dan selepas menukar lampin atau mencuci najis kanak-kanak.

SELAIN INISIATIF DOKTOR DAN UBAT, IBU BAPA JUGA MEMAINKAN PERANAN PENTING BAGI MENJAGA KESIHATAN DAN KESELAMATAN ANAK-ANAK.

 

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut