Satu mural khas telah dilukis bagi menandakan ulang tahun ke-20 Hubungan Persahabatan Antara Dua Bandaraya iaitu Bandar Kota Bharu, Kelantan dan Bandar Kasaoka, Jepun yang bermula sejak tahun 1999 lagi.
Pembikinan mural Kota Bharu – Kasaoka ini bermula sejak semalam dengan kerjasama Konsulat Jeneral Jepun-Pulau Pinang, Universiti Malaysia Kelantan, Bandar Kasaoka dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) ini selain itu dapat menambah keceriaan bandar Kota Bharu.
Hubungan erat dua hala ini antaranya telah membawa pelaburan dari Jepun terus ke negeri Kelantan. Terbaru, Kelantan menerima pelaburan bernilai 910 juta daripada Syarikat Rohm-Wako Electronic di Pengkalan Chepa yang mana turut menyediakan 346 peluang pekerjaan dalam sektor elektronik berimpak tinggi khususnya kepada anak Kelantan.
Pelaburan Rohm Wako di Negeri Kelantan telah meletakkan negeri ini sebagai negeri pengeluar semikonduktor yang terbesar di Pantai Timur.
