BEKAS TENTERA KEKAL JUAL ROTI CANAI RM0.50 SEJAK 1998

 

PASIR PUTEH – Seorang bekas tentera dari Kampung Padang Pak Amat di sini terus kental menjual roti canai pada harga 50 sen sekeping tanpa menghiraukan harga tepung gandum dan lain-lain bahan mentah naik mendadak ketika ini.
Md Kamil berkata, dia tidak berniat untuk menaikkan harga sebaliknya akan terus mengekalkannya sebagai tanda perkongsian rezeki bersama penduduk setempat.
Selagi hayat dikandung badan, saya akan terus menjual roti canai pada harga 50 sen sekeping.
Lagipun ini merupakan salah satu usaha saya bersama keluarga mengumpul saham akhirat, katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Padang Pak Amat, Jalan Jeram Pasu di sini pada Jumaat.
Permintaan terhadap roti canai Md Kamil melebihi 1,000 biji setiap hari.
Katanya, permintaan roti canai melebihi 1,000 keping setiap hari ketika ini apabila kebanyakan peniaga lain mulai menaikkan harga selepas berlakunya krisis tepung gandum.
Md Kamil berkata, kebiasaan sebanyak 1,000 sahaja akan dijual, namun terpaksa ditambah agar tidak mengecewakan pelanggan.
Walaupun bekalan tepung agak terhad ketika ini, namun saya tetap akan berusaha mendapatkannya.
Biasanya saya akan membeli lebih sedikit daripada biasa bagi mengelakkan bekalan terputus, katanya.
Dia berkata, pelanggannya bukan sahaja terdiri daripada penduduk setempat tetapi dari seluruh Pasir Puteh serta jajahan lain serta luar Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …