MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2021

 

28 Syawal 1443H/ 29 Mei 2022- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam Kelantan 2021 yang diadakan di Dewan Jamuan Utama, Kota Darul Naim.
Majlis APC yang diadakan pada setiap tahun adalah merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan. Ini adalah selaras dengan usaha memperkukuh dasar Membangun Bersama Islam dalam membudayakan kerja berprestasi tinggi dan berinovasi serta menilai jasa, sumbangan dan pengorbanan pegawai dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan baik dalam menjalankan tugas secara rasmi mahupun penglibatan aktif di dalam kegiatan sosial dan kemasyarakatan.
Tahniah kepada semua 174 penerima APC bagi tahun 2021.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …