KURIKULUM YIK DIGUNA PAKAI DI SEKOLAH LUAR NEGARA

 

KOTA BHARU – Kurikulum pendidikan yang dibangunkan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) diguna pakai di 11 sekolah di luar Kelantan dan dua sekolah di luar negara iaitu di Kemboja sejak tahun 2000 lagi.
“Ini menunjukkan bahawa kurikulum YIK antara yang terbaik kerana menjadi rujukan pihak luar terutamanya bagi kategori sekolah swasta atau persendirian, malah sekaligus membuktikan bahawa pendidikan di Kelantan menjadi agenda utama Kerajaan Negeri dalam usaha membina tamadun Rabbani.”
Demikian menurut Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika dihubungi semalam.
Berhubung perkara yang sama, Timbalan Pengarah (Kenaziran) YIK, Ustaz Sukeri Hussin berkata 11 sekolah tersebut ialah lima di Selangor, tiga di Terengganu, dua di Johor dan satu di Melaka.
“Semua sekolah yang terlibat akan dibekalkan buku teks dan bagi peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pula dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan YIK termasuklah diurus setia dan dikawal selia oleh Bahagian Penilaian dan Peperiksaan YIK,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya lagi, YIK juga menyediakan buku manual Maahad Tahfiz yang telah dipatenkan sebagai harta intelek dan boleh diguna pakai oleh pihak luar setelah mendapat kebenaran daripada YIK.

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗜 𝟮𝟰 𝗝𝗔𝗠

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Polis Barat …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗦𝗘𝗡𝗚 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Operasi ini  …
Maklumat Lanjut

TERENGGANU BERPOTENSI JADI HUB PENGELUAR NR-REE UTAMA NEGARA

Terengganu berpotensi menjadi negeri pengeluar serta pemprosesan utama unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Malaysia jika hasil itu berjaya …
Maklumat Lanjut