DUA LELAKI DITAHAN DALAM CUBAAN PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN

 

PASIR MAS 31 Mei : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Kelantan telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Pasukan Gerakan Am Batalion 8 disini semalam.
Pemeriksaan lanjut kenderaan mendapati terdapat anggaran kuantiti 500 liter minyak disel telah diiisi oleh saspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 20an, manakala sebuah lori lagi anggaran kuantiti 600 liter minyak disel juga telah diiisi oleh saspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 30an.
Pasukan membuat penyitaan terhadap minyak disel dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 1,075.00 dan kenderaan tersebut yang berpendaftaran Malaysia dengan nilai rampasan kenderaan sebanyak RM 100, 000.00 bersama pemandu.
Manakala penyitaan kedua turut dilakukan terhadap minyak disel dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 1,290.00 dan kenderaan berpendaftaran Malaysia tersebut juga disita dengan nilai rampasan kenderaan sebanyak RM 70, 000.00 bersama pemandu.
Kes ini akan dijalankan siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961, kerana saspek dengan niat melakukan kesalahan memiliki barang kawalan minyak disel dalam kuantiti yang banyak didalam tangki tambahan ubahsuai lori dengan tujuan penyeludupan ke negara jiran.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …