PROGRAM KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH (KUDAH) JPS WP KUALA LUMPUR BIL.3/2022

Tarikh: 27hb Mei 2022 (Jumaat)

Masa: 08.00 pagi hingga 11.00 pagi

Tempat: Kolam Takungan Berembang (Pejabat Operasi SMART)

 

JPS WPKL merancang utk melaksanakan aktiviti KUDAH setiap bulan sepanjang tahun 2022. Aktiviti kedua KUDAH dan aktiviti gotong royong membersihkan dataran sungai di sekeliling kawasan Kolam Berembang telah dilaksanakan telah dirasmikan oleh Tn. Ir. Ts Ahmad Shahrir Bin Mohd. Naziri, Pengarah Operasi SMART dan turut hadir juga Tn Hj. Mohd. Azmin bin Hussin, Pengarah JPSKL. Seramai 6 orang dari Komuniti (Friends Of Sungai Ampang) dan 35 kakitangan JPS WPKL (termasuk SMART dan PLSK) telah menyertai aktiviti ini. Sebanyak 155.5kg sampah dan ranting-ranting telah berjaya dibersihkan.

Tahniah diucapkan kepada penyelaras program, Bahagian Pengurusan Sungai dan Sungai JPS WPKL serta pasukan urusetia KUDAH Bil 03/2022 iaitu dari Pejabat Operasi SMART, JPS WPKL atas kejayaan meneruskan usaha KUDAH ini.

Semoga usaha ini dapat diteruskan seperti dirancang!

Sumber : FB JPS WP KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/JPSWPKL

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …