MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022 KPDNHEP NEGERI KELANTAN

 

KOTA BHARU 29 Mei : Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H / 2022M bertempat di Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan disini hari ini.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Doa memohon kerahmatan dan keberkatan sepanjang Majlis berlangsung dan seterusnya ucaptama oleh YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Timbalan Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan.
Selanjutnya bagi menghargai Pegawai yang akan bertukar iaitu diraikan YBrs. En. Mohd Yuna bin Awang dari Seksyen Pentadbiran, Pejabat KPDNHEP Negeri Kelantan ke Jabatan Kerja Raya, Negeri Kelantan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada yang diraikan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Aswadi bin Jaafar, Timbalan Pengarah Negeri KPDNHEP Negeri Kelantan diiringi bersama YBrs. Tuan Jibnurdin bin Saharudin, Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Adnan bin Hj. Abd Rahman, mantan Pengarah KPDNHEP Negeri Kelantan, wakil De Metrology Sdn Bhd, YBrs. Tuan Mohamad Hanif bin Ahmad, mantan Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri KPDNHEP Negeri Kelantan, Ketua-ketua Seksyen, Cawangan dan lain-lain Pegawai.
Semoga dengan sedikit inisiatif ini dapat menceriakan serta mengeratkan hubungan silaturrahim serta ukhwah antara seluruh warga kerja KPDNHEP Negeri Kelantan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …