TURUN PADANG BANTU DERMA DARAH

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2022 buat seluruh jururawat yang sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

Hari ini, mereka turut “turun padang” membantu menderma darah di Program Derma Darah bersempena dengan Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 anjuran Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan juga para penderma yang hadir bagi menjayakan program kali ini.

Hadir sama menjayakan program berkenaan ialah YBhg. Dato’ Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), KKM dan YBrs. Dr. Tun Maizura Mohd Fathullah, Timbalan Pengarah 1, Pusat Darah Negara.

Semoga kempen derma darah ini akan dapat diadakan secara berterusan bagi memastikan stok darah sentiasa berada di paras optimum.

Derma darah untuk #KeluargaMalaysia

 

SUMBER: FB PUSAT DARAH NEGARA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  

https://www.facebook.com/PusatDarahNegaraKementerianKesihatanMalaysia

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut