SEKOLAH DI PULAU PINANG TERIMA PERUNTUKAN RM 1 JUTA BAGI PROGRAM PROSTEM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) memperuntukan sebanyak RM1juta bagi Program Rural Outreach STEM (PROSTEM) di sekolah di Pulau Pinang. Peruntukan itu memberi manfaat kepada sebanyak 71 buah sekolah, membabitkan seramai 1,245 pelajar dan 50 guru STEM di bawah kawasan operasi PERDA di Daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Barat Daya.

Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah berkata, Program Rural Outreach STEM itu dilaksanakan secara bersepadu menerusi kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Katanya, ia adalah bagi menggalakkan minat pelajar luar bandar daripada kategori B40 terhadap subjek STEM iaitu Sains, Matematik dan Sains Tulen. YB Timbalan Menteri turut memaklumkan berdasarkan data, pelajar yang terbabit di bawah program kecemerlangan akademik PERDA sejak 2017 sehingga 2021 menunjukkan bilangan yang rendah iaitu sebanyak 30 peratus bagi aliran STEM di peringkat menengah.

STEM merupakan satu bidang penting dalam mendepani revolusi IR 4.0 yang masih belum menerima sokongan mencukupi daripada agensi kerajaan selain daripada Kementerian Pendidikan.  Sebilangan kecil sekolah di kawasan bandar atau luar bandar yang terpilih, menerima galakan STEM menerusi sumbangan set robotik daripada NGO atau industri dan setakat ini, hanya segelintir sekolah luar bandar menerimanya. Program yang dilaksanakan menerusi inisiatif PROSTEM itu meliputi insentif set robotik Logo Education, Robotic Workshop, Coding Kidz@PERDATECH, Little Scientist, Mathzania serta Program Training on Trainers kepada guru STEM di Pulau Pinang.

 

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut