PROGRAM DERMA DARAH KTMB BERSAMA PDN

Program Derma Darah KTMB bersama PDN kembali lagi buat kali ke-6. Ia kini berlangsung selama dua(2) hari mulai 24 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022 di One Stop Center, Ibu Pejabat, KTMB.

Dengan menderma darah dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga (3) nyawa. Antara manfaat menderma darah adalah ia boleh merangsangkan badan untuk menghasilkan sel – sel darah yang baru. Sel -sel darah baru ini mempunyai lebih keupayaan untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Penderma darah akan berasa lebih sihat dan segar selepas menderma.

Jom hadir, dengan hanya perlu membawa Buku Merah/ Kad Pendermaan Darah bagi yang pernah menderma. Manakala Kad Pengenalan bagi yang pertama kali berminat untuk menderma.

 

SUMBER: KTM BERHAD https://www.facebook.com/ktmberhad/

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …