BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI HRC?

HRC adalah merupakan sebuah hospital kerajaan di bawah kelolaan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan hanya menerima pesakit secara rujukan dari mana-mana institusi kesihatan yang berdaftar sahaja (kerajaan/swasta) melalui janji temu DAN TIDAK SECARA “WALK IN”.
.
Bagi pesakit/waris yang ingin memohon slot janji temu, anda boleh menghantarkan emel ke temujanji.hrc@moh.gov.my dan kami akan menghubungi anda.
.
Pastikan anda melampirkan DOKUMEN berikut di dalam emel:
a. Surat rujukan dari hospital/klinik kerajaan/swasta yang lengkap menggunakan kepala surat hospital/klinik atau Memo (T-(Am 96) (Pin. 13/90).
b. Senarai ubat-ubatan.
c. Dokumen hasil siasatan seperti MRI/scan/xray (jika sesuai).
d. Maklumat doktor perujuk (No. MMC dan cop rasmi).
e. Nombor telefon pesakit/waris.
Pihak hospital berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang justifikasi. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung terus di talian 03-91453400.
Sumber: FB Hospital Rehabilitasi Cheras https://www.facebook.com/hosp.rehab.cheras

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …